Penyampaian sumbangan ringankan beban golongan memerlukan



​​


Oleh : Siti Rokiah Abdullah / Foto : Ihsan Projek Amal Impian Cahaya




 

SALAMBIGAR, Ahad, 1 Mac. - Majlis Perniagaan Wanita Brunei (WBC) dengan kerjasama Projek Amal Impian Cahaya Iman semalam telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa bersama anak-anak yatim, golongan asnaf dan ibu-ibu tunggal bertempat di salah sebuah restoran di Kampung Salambigar.


Hadir ialah Naib Yang DiPertua Majlis Perniagaan Wanita Brunei (WBC), Dayang Hajah Mordiah binti Haji Jackia yang seterusnya menyampaikan ucapan alu-aluan.


Turut hadir ialah Pengasas Projek Amal Impian Cahaya Iman, Dayang Faridah binti Haji Mohd. Taufik.


Pada majlis berkenaan, seramai 15 orang anak yatim, 11 orang ibu tunggal dan enam orang ketua keluarga asnaf telah menerima sumbangan.


Sumbangan yang dihulurkan terdiri daripada barangan makanan asasi seperti beras, minyak masak, gula, tepung, makanan dalam tin serta keperluan harian yang lain.


Pemberian sumbangan tersebut merupakan salah satu usaha bagi meringankan beban kos sara hidup para penerima, khususnya di bulan Ramadan.


Selain itu, inisiatif yang dilaksanakan ini juga merupakan sebahagian daripada aktiviti kebajikan dalam menyemai budaya berkongsi rezeki serta menyuburkan semangat kasih sayang sesama masyarakat.


Sokongan berterusan daripada para penderma membuktikan bahawa nilai keprihatinan dan semangat bergotong-royong masih kukuh dalam kalangan masyarakat di negara ini.


Close